Peluang Perniagaan

Bagaimana harus saya bermula

Elken memberi anda

"Kefleksibelan dan

Peluang Tanpa Batasan"

Adakah anda sudah bosan bekerja untuk jangka waktu kerja panjang tetapi sekadar memperoleh pendapatan cukup makan?


Sibuk ke sana ke mari, berhempas pulas, tetapi tidak sampai ke mana?


Susah mendapat kerja? Berasa kewangan tidak terjamin?


Mengapa tidak memulakan perniagaan anda sendiri, perniagaan yang memberi anda peluang tanpa batasan? Ia begitu mudah! Anda sudah begitu dekat dengan kebebasan dari masalah kewangan.


Sebagai salah satu syarikat jualan langsung terkemuka di rantau Asia Pasifik, Elken boleh membantu anda merealisasikan impian. Elken turut menawarkan bayaran komisen tertinggi antara syarikat jualan langsung di Malaysia. Ratusan ribu orang mempercayai Elken dan ramai telah menjumpai peluang seumur hidup. Anda juga boleh menjadi salah seorang daripada mereka!

Dengan pelaburan permulaan yang minimum – sedikit lebih daripada harga bufet makan malam – anda akan berpeluang mengusahakan perniagaan Elken anda sendiri.

 

Apa yang dapat saya peroleh

Ganjaran Kewangan yang Hebat
Transformasi yang Dinanti-nantikan
Peluang yang Luas Terbentang
Peluang untuk Berkongsi, Menyentuh Kehidupan dan Membawa Kelainan

Mengapa berpuas hati dengan pendapatan sederhana sedangkan anda boleh menikmati lebih daripada itu? Apabila anda menjalankan perniagaan anda sendiri, hanya langit yang menjadi sempadan. Daripada pendapatan tahunan yang banyak kepada lingkungan sosial yang luas – anda sebut sahaja, anda akan dapat semuanya! Yang berikut ini ialah yang dinikmati oleh ahli-ahli Elken:


Kefleksibelan – dengan bekerja dari bilik tamu di rumah ataupun mengadakan perjumpaan di bilik lembaga yang canggih disediakan oleh Syarikat pada bila-bila masa anda suka.


Lebih Banyak Masa – dihabiskan bersama anak-anak dan tidak terlepas daripada mengikuti setiap peringkat perkembangan mereka ataupun mengabdikan diri menjalankan perniagaan sepenuh masa. Anda yang tentukan masa anda.


Kebebasan Memilih – Apabila anda bekerja dengan orang lain, mereka yang menentukan waktu kerja, gaji dan juga laluan kerjaya anda. Di Elken, anda mencipta skop kerja anda sendiri – menjalankan perniagaan anda sendiri, memegang inventori ataupun menumpukan usaha membangunkan orang atau berkongsi kejayaan Elken dengan orang lain. Anda ada pilihan untuk melakukan apa yang paling baik dapat anda lakukan.


Potensi Pendapatan Lumayan – Berkongsi peluang ini dengan ahli keluarga dan sahabat anda, jadilah seorang mentor yang hebat bagi meraih ganjaran kewangan yang lebih besar. Elken membayar komisen tertinggi. Potensi anda digerakkan oleh matlamat dan keazaman anda.


Jaminan Kerja Jangka Panjang – Tidakkah kami telah sebut tentang Elken sebagai salah sebuah syarikat jualan langsung yang terkemuka di rantau Asia Pasifik? Dengan kepakaran sedekad setengah dalam membina manusia dan bereputasi membekalkan produk berkualiti tertinggi, anda dijamin mendapat sokongan dan kejayaan tanpa risiko biasa seperti yang dialami oleh syarikat yang kurang mantap dan pendatang baru dalam industri jualan langsung.


Kesihatan – Jika anda berasa seronok menikmati aiskrim dan piza sekali-sekala, teruskan menikmatinya. Anda masih boleh memperoleh kehidupan yang sihat dengan produk kesihatan pemenang anugerah Elken. Lagipun portfolio produk Elken adalah berasaskan konsep kesihatan selular, yang bermaksud anda hanya mengambil yang benar-benar perlu sahaja, bukan membeli sesuatu yang tidak perlu!


Kepuasan – Selain kesihatan yang bagus dan pendapatan berpotensi, anda akan membantu orang lain memimpin hidup mereka sendiri, ramai yang mengakui hal ini membawa kepuasan dan rasa pencapaian yang tidak terhingga. Inilah ikrar cogan kata Elken “Menjayakan Anda untuk Menjayakan Bangsa” .


Peluang Eksklusif – Belilah semahu-mahunya! Sambil menikmati potongan harga produk yang hebat, anda juga dibayar komisen untuk itu.


Inilah peluang untuk anda menikmati gaya hidup seimbang dengan keluarga dan bekerja pada masa yang sama. Jika anda sedang mencari kerja yang membolehkan anda mengembara, anda sudah menjumpainya di sini! Ciptalah peluang anda sendiri demi kemajuan dengan menjadi seorang ahli Elken hari ini!



Ganjaran & Pengiktirafan
 
Jadilah sebahagian daripada Elken, salah satu daripada 5
"Pembangun Manusia Terbaik"
di Malaysia

Dengan perniagaan Elken, anda boleh memperoleh faedah hebat di bawah Pelan Pemasaran Elken, yang dianggap sebagai salah satu pelan pemasaran terbaik dalam industri ini, dan mekanisme paling kuat untuk menjanakan pendapatan lumayan serta ganjaran.

Selain keuntungan runcit yang lumayan, anda berhak mendapat bonus yang cukup banyak sehingga 71%! Ini dianggap sebagai yang tertinggi dalam industri ini, sekurang-kurangnya di Malaysia. Bonus tambahan lain termasuk bonus prestasi, bonus akhir tahun, tabung kereta, tabung rumah dan juga tabung pelancongan!
 

Di samping sistem kenaikan pangkat yang fleksibel, anda akan mendapat insentif khas setiap kali anda dinaikkan pangkat. Di bawah Pelan Perniagaan Elken, anda bermula sebagai pengedar dan berusaha untuk mencapai status pengurus, pengurus ruby, emerald, diamond dan akhirnya crown! Tambahan pula, anda boleh berkongsi kejayaan anda bersama ribuan ahli di atas pentas ketika menerima ganjaran anda pada Malam Crown, Malam Anugerah Wilayah dan Malam Penganugerahan.


Sokongan Syarikat

Di Elken, anda akan berniaga untuk diri anda tetapi bukan bersendiri. Syarikat dan pemimpin anda akan menjadi sebahagian daripada keluarga rangkaian anda. Anda akan mendapat akses langsung kepada kaedah, peralatan pemasaran dan sokongan rangkaian yang terbukti berkesan untuk membantu anda dalam perniagaan ini.

Sebagai permulaan, anda boleh meningkatkan kemahiran asas untuk membangunkan rangkaian melalui program-program latihan seperti Latihan Pengedar Baru (NDT), Latihan Pengucapan Awam (PST) atau Kem Kepimpinan Membina Pasukan (TBLC), sekadar menyebut beberapa antaranya.


Latihan produk seperti Terapi Pembaharuan Molekul (MRT) Kem dan Bengkel Kecantikan Menyeluruh (TBW) sarat dengan fakta kesihatan dan kecantikan, tip kesejahteraan dan semuanya yang anda perlu tahu tentang produk Elken.


Selain itu, ketika anda mendaki tangga kejayaan, banyak seminar sistem akan membangunkan anda supaya menjadi seorang pemimpin yang terkemuka! Sistem Pendidikan, program latihan komprehensif dan sistematik Elken dikhususkan untuk membangunkan sumber manusia. Program ini telah terbukti berjaya membangunkan pemimpin, sama ada dari segi pembangunan peribadi, ilmu atau kemahiran lain yang berkaitan.


Di samping itu, brosur produk dan risalah turut disediakan untuk membantu membina empayar perniagaan anda. Aktiviti jualan dan promosi termasuklah alat perniagaan dalam talian, alat jualan antarabangsa, bengkel pemindahan teknikal antarabangsa, karnival produk, jerayawara (road show), aktiviti perhubungan awam dan juga promosi produk.


Elken juga menyediakan bilik lembaga, bilik mesyuarat serta bilik istirahat yang canggih untuk kemudahan anda menggunakannya sebagai tempat perbincangan atau mengadakan perjumpaan dengan ahli-ahli rangkaian anda.


Di Elken, kami mempunyai satu budaya unik, iaitu “hati ke hati” yang memupuk budaya penyayang dan sudi berkongsi, didasari oleh keinginan untuk mencungkil yang terbaik daripada satu sama lain. Elken Menjayakan Anda untuk Menjayakan Bangsa!

Sertailah kami hari ini!



Perkongsian Kisah Benar



Haji sibuk menolong ayah menoreh getah ketika rakan-rakannya bersuka ria pada musim cuti sekolah.
Pada hari persekolahan pula, Haji menjual kuih ibunya dan buah-buahan kepada rakan-rakan sekolah.
Membesar di persekitaran FELDA nyata membentuk semangat keusahawanannya.
Apabila dewasa, Haji menjadi juruaudit dan menjalankan 2 perniagaan.
Namun beliau mahukan yang lebih baik untuk keluarganya.

Namun semuanya kecundang, walaupun yang ternama.
Akhirnya, beliau bosan dan menyerah kalah.
Sehingga beliau bertemu dengan Elken.
Sebagai juruaudit loji rawatan air, isterinya amat peka tentang peri pentingnya air tulen terhadap kesihatan.
Terutamanya sakit badan dan sakit sendi. Kesakitannya begitu kuat sehingga suplemen harian dan pemeriksaan bulanan pun tidak dapat melegakannya.
Maka, beliau membeli satu unit Penapis Air RO Elken Bio Pure.
Dalam masa 3 minggu, kesengsaraan yang dialaminya bertahun-tahun berakhir sudah. Masalah migrain dan kekejangan haid sejak muda juga turut lenyap.

Kalaulah MLM ini dapat menjaga kesihatan, bagaimana pula dengan pendapatan?
Haji terus mendalami sistem pemasaran & budaya penyayang Elken.
Semangat keusahawanan Haji disemarakkan kembali!
Dalam masa 3 bulan berkongsi testimoni secara sambilan, beliau meraih pendapatan 5 angka.
Kini, pasangan ini berusaha secara sepenuh masa melatih downline seperti mana mereka dilatih dahulu: langkah demi langkah menggunakan buku panduan produk, testimoni dan juga tunjuk cara.
Hari ini, ramai peneroka FELDA dan para profesional di bandar telah dijayakannya. Terima kasih kepada Haji kerana berkongsi kejayaan dengan mereka di Elken. 



Tidak disangka bahawa Joon Liang sedang berhadapan dengan maut.
Beliau seorang pelari sejak muda; tidak merokok ataupun minum minuman keras. Beliau mengamalkan makanan sihat, bersenam secara nalar dan tidur awal.
Namun pada suatu petang, seluruh hidupnya berubah; buat selama-lamanya.

Bau hanyir di bilik mandi. Joon Liang merenung muntahnya di dalam singki. “Ketidakhadaman,” beliau membuat kesimpulan. Tetapi malang, doktornya ada kesimpulan yang berbeza.

Joon Liang sedang mengalami kegagalan buah pinggang. Paras kreatininanya adalah 13 kali lebih tinggi daripada normal. Selagi belum ada penderma organ, dialisislah satu-satunya harapan beliau.
Beliau tidak lagi bermimpi menjadi seorang jurutera, hanya berharap akan sembuh daripada penyakitnya. Akhirnya ada seorang penderma organ yang sesuai dengannya: iaitu ibunya. Walaupun pembedahan itu berjaya, paras kreatininanya masih tinggi. Doktor mengesyorkan air osmosis songsang

Itulah kala Joon Liang menemui Sistem Penulenan Air RO Bio Pure Elken. Bebas bahan cemar dan benar-benar sempurna, air ini menormalkan paras kreatininanya dalam masa 3 bulan!
Sambil beliau mengembalikan tahap kesihatannya, Joon Liang menghayati budaya penyayang dan sanggup berkongsi Elken. Kini beliau berani bermimpi semula dan berikrar untuk menjayakan orang lain. Sudah 8 tahun sejak Joon Liang menyertai Elken secara sepenuh masa. Pada Joon Liang, dan ramai lagi yang dijayakannya, semuanya adalah kerana air yang sempurna dan kerjaya yang sempurna. 
 
 

Apakah harapan Mary?

Ayahnya seorang penjaja, dan ibu pula penoreh getah. 11 ahli keluarga perlu disara.
Keputusan Gred 3 SPM Mary menjadi kebanggaan keluarga.

Namun Mary mengharapkan lebih daripada itu.

Ketika berusia 18 tahun, Mary bekerja sebagai pembersih lantai di restoran makanan segera, selama 12 hingga 16 jam sehari.

5 tahun kemudian, Mary menjadi pengurus dengan pendapatan 4 angka.

Namun, harga kejayaan tidak murah. Waktu kerja yang panjang serta diet yang tidak berkualiti menyebabkannya sering diserang migrain, sembelit dan alergi.

Apabila seorang sahabat memperkenalkan Elken Spirulina kepadanya, Mary mendapat harapan baru ke atas kesihatannya, malah kerjayanya.

Produk Elken, budaya Elken telah membina kesihatan dan pendapatannya.

Tidak lama kemudian, beliau dapat membeli kereta, rumah, dan dapat melancong ke luar negara secara percuma.

Namun, malang tidak berbau.

Ketika Mary hamil 6 bulan, suaminya tiba-tiba meninggal dunia, akibat penyakit jantung.

Selepas bersalin, Mary menghidap kemurungan. Selama setahun, beliau tak berupaya menjaga anaknya sendiri apatah lagi perniagaannya!

Mujurlah dengan sokongan keluarga Elken, beliau dapat terus kekalkan pendapatan bulanan 5 angka.

Hari ini, Mary menaruh harapan yang tinggi ke atas anaknya, dirinya dan semua wanita yang senasib dengannya.

Elken telah menjayakan Mary untuk menjayakan orang lain.
 
 
 

“... akhirnya, putera raja dan puteri telah berkahwin dan dikurniai dua orang puteri yang cantik serta seorang putera yang comel. Mereka kemudiannya hidup dengan bahagia dan sejahtera.”   
Tiga belas tahun dahulu, Penny benar-benar percaya bahawa bahagian akhir cerita kanak-kanak yang disulami kebahagiaan adalah gambaran kehidupannya yang sebenar.
Bermula pada hari kematian suaminya yang tercinta, gambaran dalam cerita kanak-kanak semakin pudar, dari babak ke babak. Yang mengikutinya adalah sebuah kisah penuh tragis di pentas kota.
Malah Penny bukan sekadar kehilangan seorang suami yang tercinta; sesungguhnya suaminya seorang rakan sepermainan anak-anaknya, juruteknik elektrik di rumah, pembantu peribadinya, pemandu dan pengarah urusan rumah tangga.
Beliau ialah tonggak keluarga Penny.
Apabila puteri telah menjadi Cinderella, babak yang berikutnya ialah tenggelam punca, kebimbangan putus bekalan makanan.
Demi cintannya terhadap tiga orang anak, Penny menggagahkan diri lalu menceburkan diri dalam bidang yang beliau mahir, iaitu mendandan rambut.
Tidak lama selepas itu, akibat beban kerja, dan tekanan perasaan, masalah migrain dan insomnia yang lama hilang kini kembali membelenggu Penny.
Kerana terlalu banyak mengambil ubat tidur dan antibiotik, Penny berubah menjadi seorang wanita yang tidak bermaya, mukanya sembap, badannya lesu, kaki dan tangannya tidak bertenaga.
Pada ketika itu, seorang pelanggan tetapnya memperkenalkan Elken Spirulina kepada Penny.
Pada masa itu, beliau berkata kepada dirinya “Aku ni memang macam botol ubat, hampir semua ubat sudah aku makan, apalah nak kisah sangat kalau makan lebih sejenis lagi!” Maka Penny mula makan Elken Spirulina tanpa memikirkan apa-apa kebarangkalian.
Selepas beberapa bulan, beliau berasa hairan kerana dapat tidur dengan nyenyak dan kepala pun tidak sakit lagi, yang pastinya Penny turut berasa segar dan penuh semangat.
“Penny, air muka awak ni nampak semakin berserilah!”
Entah pelanggannya yang keberapa mengungkapkan kata-kata yang sama menyebabkan Penny menyebut secara tidak sengaja, “Mungkin jasa Elken Spirulina kut!” sambil menilik dirinya di dalam cermin.
Bermula dari detik itu, Penny bukan sahaja mendandan rambut pelanggannya, malah menjadi perunding kesihatan mereka.
Suatu hari selepas 6 bulan berlalu, Penny merenung sekeping cek yang dikeluarkan Elken sambil berkata pada dirinya, “Mungkin silap ni!”
Bonus yang lumayan itu mengejutkan Penny yang tidak tahu langsung tentang jualan langsung.
“Saya hanya berkongsi secara jujur apa yang saya tahu dengan kawan-kawan, betulkah boleh dapat ganjaran yang sebegini lumayan?”
Namun hasil jualan yang cemerlang pada beberapa bulan yang berikutnya menyebabkan ibu tunggal 3 orang anak ini yang dunianya hanyalah anak, cermin, syampu, pengering rambut mula membuat penilaian baru terhadap dirinya.
Bermula dari saat itu, babak tragis yang dilakonkan Penny sudah tamat. Babak yang seterusnya pula ialah motivasi dan kesungguhan.
Sepanjang perjalanan ini, Elken telah membantu seorang wanita kerdil yang terumbang-ambing, seorang ibu tunggal yang tiada keyakinan diri berubah menjadi seorang wanita yang penuh yakin, “asalkan tabah, sesiapa pun boleh menjayakannya!”
Sudah 10 tahun berlalu, Penny bukan sahaja cantik seperti sedia kala, malah beliau hebat sebagai penceramah di atas pentas dan pemimpin yang berkaliber di bawah pentas. Setiap pagi ketika beliau membuka mata dan melihat 3 orang anaknya yang sudah dewasa, Penny tidak boleh lekang mengucapkan terima kasih kepada keluarga besar Elken yang menyediakan sebuah pentas yang adil dan saksama baginya meneruskan babak-babak dalam kehidupan.
Di sebalik kejayaan wanita yang berjaya ini, beliau sentiasa disokong oleh dua buah keluarga.